Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

SSM Terbit Dua Filem...

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai terutama sekali peniaga tentang kepentingan...

RGBI Sahkan Pengarah Urusannya...

KUALA LUMPUR: RGB International Bhd (RGBI) iaitu syarikat yang dikaitkan membiayai kempen pilihan...

Kempen Kurangkan Kadar Kemalangan...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengakui kempen keselamatan jalan...

Lebih ‘Intim’… Showcase Anuar...

KUALA LUMPUR - Seramai 388 peminat sahaja berpeluang menonton 'Showcase an Evening with...

Kura-Kura Zizan Pakai ‘Baju’ Gucci

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Zizan Razak tampil berkongsi foto seekor kura-kura yang pernah diselamatkannya sebelum ini.

Menerusi Instagramnya, foto itu mencuit hati pengikutnya kerana kura-kura tersebut memakai ‘baju’ jenama Gucci di bahagian cengkerang.

Malah status pelakon berasal dari Terengganu itu turut menghiburkan kerana dia bangga dengan pencapaian kura-kura itu.

“Alhamdulillah, lama tak berjumpa dan sekarang beliau begitu berjaya dan bergaya. Asal dari nak melintas lebuhraya NPE dan sekarang begitu menyerlah kehebatannya.

“Mana ada kura-kura di dunia bercengkerang Gucci dan beliau saja mampu. Harap beliau semakin maju dan maju,” tulisnya.


Sebelum ini, pada Februari lalu, netizen terhibur dengan video yang dikongsi Zizan apabila menyelamatkan seekor kura-kura di jalan selepas melintasi plaza tol.

Zizan kemudiannya melepaskan kura-kura tersebut di Tasik Shah Alam.

Kategori