Lacur Anak: Ibu Tunggal Dipenjara 75 Tahun

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal yang memperoleh bayaran RM50 seorang dengan melacurkan dua anak perempuannya, dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak itu, bulan lepas.

Perintah hukuman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Kamarudin Kamsun setelah meneliti hampir 20 minit fakta-fakta kes terbabit.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang mengganggur dan berusia 39 tahun, melakukan kesalahan itu antara 1 Oktober hingga 7 Oktober tahun ini di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, antara pukul 9.25 pagi hingga 2.49 petang.

Tertuduh yang merupakan ibu kandung mangsa didapati melacurkan kedua-dua anaknya, masing-masing berusia 13 dan 10 tahun, kepada dua lelaki warga Bangladesh.

Kedua-duanya kanak-kanak itu juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-dua lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.

Selepas selesai melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak tersebut, tertuduh akan menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak, dan ada kalanya kanak-kanak tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM1, RM5, RM10 dan RM20.

Atas kesemua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi masing-masing berusia empat dan lima tahun, didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius melibatkan kepentingan awam serta tindakan seorang ibu yang tergamak melacurkan anak sehingga menyebabkan mereka trauma.

“Hukuman berat juga perlu kerana penganiayaan seperti itu kerap dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

“Mengikut statistik pihak berkuasa dari 2010-2015, sebanyak 5,779 kes difailkan membabitkan penderaan seksual kanak-kanak,” katanya.

Hakim kemudian menetapkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh, dijalankan serentak hukumannya manakala hukuman selebihnya dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.

Dia turut menasihatkan tertuduh yang tidak diwakili peguam agar insaf dan bertaubat dan menyifatkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada masyarakat yang mungkin melakukan kesalahan sama di masa depan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...