Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Belum Terima Notis...

PETALING JAYA - Polis masih belum menerima sebarang notis berhubung perhimpunan Himpunan Rakyat...

Polis Masih Tunggu Laporan...

KUCHING - Polis masih menunggu hasil siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Muhammad Syafiq Dipercayai Terlelap...

NIBONG TEBAL - Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dipercayai terlelap...

Rangkaian 5G Malaysia Dapat...

KUALA LUMPUR: Rangkaian 5G Malaysia diiktiraf di peringkat global pada anugerah berprestij Glotel...

Lagi Kes Budak Terperangkap Mesin Basuh Di China

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun di China mengalami detik-detik mencemaskan apabila tersangkut dalam sebuah mesin basuh sehingga terpaksa diselamatkan anggota bomba.

Menurut sebuah portal berita tempatan, kejadian pelik itu berlaku di Wuzhong pada Khamis lalu apabila kanak-kanak terbabit memanjat dan memasuki bahagian pengering mesin basuh tersebut.

Namun kanak-kanak malang yang tidak dinamakan itu gagal untuk melepaskan diri selepas tersangkut dari bahagian pinggang ke kaki.

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Mesin Basuh Di China

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Mesin Basuh Di China

Ibu bapa mangsa yang menyedari hal berkenaan segera menghubungi pihak bomba tempatan untuk meminta bantuan membebaskan anak mereka.


Sekumpulan anggota bomba kemudiannya dikerah ke rumah mangsa dan mereka terpaksa meleraikan komponen mesin basuh itu bagi mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

Operasi menyelamat itu mengambil masa selama 20 minit dan kanak-kanak terbabit dilaporkan hanya terkejut dengan kejadian tersebut selain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kanak-kanak itu dirangkul bapanya sebaik sahaja operasi untuk menenangkannya berakhir. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori