Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BKSS: Diskaun Bil Elektrik,...

Kuching : Kerajaan Sarawak akan meneruskan pemberian diskaun antara lima dan 25 peratus...

Lelaki ‘Cabul’ Gadis Shell...

SUSULAN tular isu poster gadis Shell 'dicabul' sesetengah lelaki seperti yang dikongsikan di...

Taufik Batisah Kahwin Gadis...

SINGAPURA – Pemenang program siri pertandingan realiti Singapore Idol musim pertama terbitan stesen...

Abd. Aziz Dilantik Pengarah...

KUALA LUMPUR - Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Datuk Abd. Aziz...

Laluan Gantung Berlantai Kaca Tarikan Baharu Pulau Pinang

BAGI mereka yang sukakan cabaran, laluan gantung berlantai kaca atau Rainbow Skywalk di Pulau Pinang ini boleh dijadikan kawasan baharu untuk menguji tahap keberanian anda.

Bakal dibuka pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan kepada orang ramai, laluan gantung ini berada di ketinggian tingkat 68 bangunan Komtar, mercu tanda utama bandar raya George Town.

Jambatan yang berukuran 16 meter panjang dan berdiameter 5.5 meter tersebut malah merupakan yang terpanjang di Malaysia.

 

Laluan gantung ini, dilengkapi dengan dek pemandangan 360 darjah meliputi seluruh pusat bandar dan tanah besar Seberang Perai.

Rainbow Skywalk turut akan memberi peluang kepada pengunjung bertuah untuk melihatkan kecantikan matahari terbenam pada waktu senja.


Laluan Gantung Berlantai Kaca Tarikan Baharu Pulau Pinang
Rainbow Skywalk Komtar, Pulau Pinang.

Difahamkan, orang ramai yang ingin melalui Rainbow Skywalk akan dikenakan bayaran sebanyak RM45 seorang.

Penang Kini hari ini memuat naik sebuah video pemandangan dan pengalaman dua orang wanita yang menggunakan laluan tersebut.

Namun ada netizen menganggap kadar bayaran yang dikenakan agak mahal dan perlu dikaji semula supaya rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati keindahan di dalam negara sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori