SETELAH beberapa lama berdiam diri tanpa sebarang cerita, aktor kacak Zul Ariffin nampaknya kembali aktif di media sosial!
Baru-baru ini, Zul telah menggembirakan hati para peminatnya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan begitu segak mengenakan jubah berwarna biru dan ghutrah di kepala.
Untuk pengetahuan umum, ghutrah atau turut disebut sebagai khimar merupakan penutup kepala yang dipakai oleh golongan lelaki di Arab dan Mesir.
Menerusi perkongsian berkenaan, Zul dilihat merakamkan ribuan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya dan arwah bondanya, Robiah Nasir.
“Assalamualaikum… Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan.
“Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih di atas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir.
“Terima kasih kerana mengambil berat,” katanya menerusi posting berkenaan.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian dan pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mana rata-rata begitu teruja dengan kehadiran semula hero malaya berkenaan.
Sementara itu hasil tinjauan Mynewshub menerusi posting berkenaan, kami mendapati foto itu dipercayai diambil ketika keberadaan Zul di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sehingga kini, perkongsian berkenaan menerima lebih daripada 80,000 likes sejak beberapa jam selepas dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC/AM
Video sekadar hiasan….