ANDA memang duduk area Kuala Selangor atau kebetulan lalu kawasan sini tapi tak tau mana nak pergi lepak, makan-makan sambil sedut udara segar dan jamu mata dengan panorama indah?
Berita baiknya, restoran berkonsep open air tercantik di Kuala Selangor ini, telah pun beroperasi.
Nak cari pun tak susah, LAMAN SANTAI terletak berhadapan SMK Kuala Selangor (Jalan 1, 45000 Kuala Selangor), di jalan menghala ke Kg Kuantan yang terkenal dengan kelip-kelipnya tu..
Istimewa sempena awal pembukaan, semua minuman berharga RM1 sahaja di sini, hari ini.
Restoran ini dibuka dari jam 5 petang hingga 1 pagi dan semua hidangan yang disediakan gerenti puas hati. Antara menu utama Laman Santai ialah ikan bakar, ayam bakar dan makanan laut.
Selain ‘goreng-goreng’, nasi lemak berempah dan sate; LAMAN SANTAI turut menawarkan menu istimewa signatur mereka iaitu arnab panggang.
Kena rasa sendiri, barulah korang tau kelazatan hidangan yang dimasak menggunakan resipi turun temurun keluarga tokey restoran ini taw!