Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Seret Skandal Suami...

SEORANG isteri yang berang dicurangi suaminya, bertindak membogelkan skandal suaminya dan mengheret wanita...

MDKL Ambil Tindakan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang masih belum membayar kompaun kesalahan tempat letak...

Ahmad Bashah Ucap Terima...

GEORGE TOWN - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengucapkan...

17 Maut, 50 Cedera...

JAKARTA : Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 50 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang telah menuntut semua pihak untuk lebih proaktif dan responsif kepada persekitaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata misalnya pandemik COVID-19, telah membuka mata segenap pelosok dunia tentang pentingnya kaedah pendidikan baharu seperti pendigitalan berbanding kaedah pendidikan konvensional.

“Jika kita selusuri catatan hikmah negara, sejak merdeka, dunia pendidikan yang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan telah mengalami banyak transformasi, khususnya dalam usaha melahirkan insan yang berbudi pekerti dan berpendidikan demi masa depan yang lebih cemerlang.

“Justeru, sewajarnya kita titipkan penghargaan terhadap perjuangan insan-insan terdahulu yang tidak pernah kenal erti lelah, mengangkat martabat pendidikan negara. Rempuhan teknologi dan Revolusi Perindustrian 4.0 menuntut kita untuk lebih proaktif dan responsif kepada persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan dalam Sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Isnin.

Sambutan berkenaan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco kerajaan negeri serta Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.


Sambutan ulang tahun itu diadakan bagi menghargai sumbangan seluruh alumni pusat pengajian tinggi itu bermula dari era Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) sehingga ke era UPSI.

Dalam pada itu Noraini berkata, UPSI yang ditubuhkan pada 29 November 1922 telah melahirkan ribuan pendidik dan pemimpin ternama bukan sahaja di tanah air, malah di pentas global.

Katanya, lakaran panjang sejarah gemilang institusi itu telahpun bermula pada era penubuhan SITC dan sehingga ke hari ini, UPSI melangkah dengan begitu pantas membina kecemerlangan, memberikan saingan hebat kepada universiti ternama lain.

Daripada kampus kecil di daerah Muallim, UPSI kini memiliki tiga kampus utama iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjung Malim, Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City dan Kampus Teluk Intan dengan keluasan 1,000 ekar dan 27,000 pelajar dari termasuk daripada Australia, Amerika Syarikat, Asia Barat, Nigeria, Brunei dan China.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori