Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

120 Sukarelawan KKMM Bertolak...

PUTRAJAYA - Sebanyak 120 sukarelawan dari pelbagai jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan...

“Jika Sokong ISIS, Tak...

SUSULAN kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Nasional, Mohamad Sabu yang mengaitkan...

Festival Layang-Layang Borneo Disertai...

BINTULU - Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo 2017 menarik penyertaan 130 peserta dari 24...

Model Lepaskan Diri 7...

AKHIRNYA selepas tujuh tahun menjadi hamba seks kepada seorang taikun perniagaan di Rusia...

Laporan Kematian Covid-19 Bukan Dalam Tempoh 24 Jam

KOTA KINABALU – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan jumlah kematian tinggi berkaitan Covid-19 di tempat dengan kadar vaksinasi tinggi seperti Lembah Klang dan Sarawak, tidak menggambarkan kematian yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, pihaknya mula melihat penurunan angka kematian di Lembah Klang bagi tempoh dua sehingga tiga minggu sejurus menyelesaikan tunggakan angka kematian.

“Terdapat banyak tunggakan angka kematian berikutan perlu mengesahkan individu yang meninggal dunia itu adalah berpunca daripada Covid-19.

“Kita akan memperlihatkan data terbaharu berkaitan angka kematian pada Rabu ini yang mana statistik berkenaan tidak berlaku dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, ditanya berkaitan peningkatan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), Khairy memaklumkan majoriti individu yang meninggal dunia itu tidak menjalani ujian saringan yang menyebabkan mereka tidak berada di bawah pemantauan fasiliti kesihatan.


Menurut Khairy, pihaknya mahu memastikan bahawa semua individu yang tidak berada dibawah jagaan fasiliti kesihatan, pejabat kesihatan daerah ataupun klinik swasta harus mendapatkan rujukan atau diletakkan dibawah fasiliti kesihatan sepatutnya.

“Walaupun menjalani kuarantin di rumah, individu berkaitan setidaknya melalui pemantauan dan laporan kendiri mengenai status kesihatan masing-masing.

“Sekiranya menunjukkan gejala, kita boleh melakukan intervensi,” katanya. – K! ONLINE

Kategori