Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Indonesia Tingkat Kawalan Perairan

GEORGE TOWN - Polis Marin Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama penguatkuasaan perairan kedua-dua...

Bekas CEO SSM Didakwa...

IPOH - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd...

Rakyat Malaysia Sambut Hari...

NEW DELHI - Rakyat Malaysia di India menyambut Hari Kebangsaan pada Khamis pada...

Orang Pendiam Berisiko Dapat...

Gambar HiasanKOTA BHARU - Individu bersikap pendiam dan kurang meluahkan masalah dihadapi lebih...

Latheefa Nafi Pegawai Berkait Kematian Beng Hock Naik Pangkat

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan 2 pegawainya yang dikaitkan dengan kematian pembantu kepada bekas exco Selangor, Teoh Beng Hock pada 2009 dinaikkan pangkat baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya berkata dakwaan Tabung Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi itu, yang ditubuhkan bagi memperingati ahli DAP itu, bawaah Hishammuddin Hashim dan Anuar Ismail dinaikkan pangkat adalah tidak benar.

“Kenaikan pangkat apa? Siapa beritahu mereka ada kenaikan pangkat? Tidak ada kenaikan pangkat. Mereka patut betulkan fakta-fakta mereka,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, kumpulan itu mempertanggungjawabkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kerana tidak bertindak terhadap dua pegawai itu.

“SPRM secara administratif bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri. Malangnya, PMO tidak mengambil tindakan untuk menamatkan budaya bebas daripada hukuman yang berleluasa semasa era Barisan Nasional,” kata Pengerusi Ng Geok Chee dalam kenyataan.

“Kami berpendapat kurangnya akauntabiliti SPRM adalah kerana kurangnya akauntabiliti perdana menteri. Perdana menteri ada tanggungjawab untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan bertindak terhadap penjenayah dan pencabul hak asasi manusia.”

Difahamkan Hishamuddin, salah seorang suspek utama dalam kematian Teoh, dilantik untuk mengetuai SPRM Pahang, manakala Anuar, yang menangkap Teoh, dilantik sebagai timbalan pengarah SPRM Sarawak.

Latheefa berkata kedua-dua mereka itu tidak dinaikkan pangkat.

“Mana-mana pegawai terlibat tidak dinaikkan pangkat, jadi saya tak tahu apa yang mereka cakapkan itu. Mereka patut mengesahkan fakta-fakta itu sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.


Beliau menambah sebarang siasatan ke atas peristiwa Teoh itu bukan bawah bidang kuasa SPRM.

“Ia bawah bidang kuasa polis. Jadi mana boleh kata ada kenaikan pangkat? Minta mereka mentakrifkan kenaikan pangkat.”

Teoh merupakan pembantu kepada Exco Ean Yong Hian Wah ketika ditangkap dan disoal SPRM di pejabatnya di Plaza Masalam, Shah Alam.

Keesokan harinya, tubuhnya ditemui di tingkat 5 bangunan itu.

Suruhanjaya Siasatan Diraja menyimpulkan Teoh terdorong untuk membunuh diri kerana kaedah soal siasat SPRM yang agresif.

Ia juga menyalahkan tiga pegawai kerana kaedah agresif mereka yang dikatakan menyalahi prosedur. – FMT

Kategori