Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH370: Laman Web Khas...

HULU TERENGGANU - Laman sesawang khas, www.mh370.gov.my, yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

Kedah Catat 70 Kes...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7...

Sivarraajh Tidak Layak Tanding...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan Naib Presiden MIC Datuk...

Lahir Di Malaysia Tidak...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara...

Lebih 18 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 18,964,474 individu atau 81 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 321,342 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 30,860 dos pertama dan 197,994 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,247,271 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 487 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi (22 September), meningkat berbanding 334 kes kematian dilapor pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 24,565.


Bagaimanapun, daripada 487 kematian baharu itu, hanya tujuh kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (22 September) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak dan angka boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 161 daripada kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Sejumlah 178 kes kematian direkodkan di Selangor; Sabah (87); Johor (63); Kuala Lumpur (44); Pulau Pinang (36); Kelantan (26); Perak (18); Kedah (14); Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing lima); Terengganu (tiga); Perlis (dua) dan Sarawak (satu), manakala tiada kematian di Labuan dan Putrajaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori