Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mama: Jadikan Amah Kerjaya...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerjaya pembantu rumah diiktiraf sebagai kerjaya profesional...

Anak Hilang Lepas Berbasikal...

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar dari...

Ketum: Tak Semua Isu...

CYBERJAYA - Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di...

Jerman Akan Benarkan Rakyat...

BERLIN : Jerman merancang untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dalam kalangan...

Leher Berbirat Gara-Gara ‘Jerat’ Dawai Penyamun

AWAS! Sila berhati-hati… Semua penunggang motosikal kini perlu lebih berwaspada ketika melalui Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Ini berikutan, taktik pemasangan ‘jerat’ dawai bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak berjaya dikesan di laluan motosikal.

Bagaimanapun, taktik sekumpulan perompak itu gagal kerana ‘jerat’ itu terkena pada leher seorang anggota peronda Lebuhraya KESAS.

Ketika kejadian 5.35 pagi semalam, mangsa yang berbirat di leher dikatakan sedang bertugas melakukan rondaan rutin bersendirian di lorong motosikal di Kilometer 49.7, lebuh raya berkenaan dari arah Kuala Lumpur.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.


Gambar mangsa yang cedera dan jerat dawai itu turut menjadi viral menerusi laman Facebook.

Susulan insiden itu, penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama dari jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi atas tujuan keselamatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori