Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Hari Pertama...

KUALA LUMPUR : Hari pertama sambutan Aidilfitri menyaksikan aliran trafik di lebuh raya...

LPT Kawasan Kerap Berlaku...

KUANTAN - Polis mengenal pasti 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri...

Kumpulan Punk Muslim Berdakwah...

APABILA melihat sekumpulan anak muda yang berimej rambut ala Mohawks, berjaket kulit dan berseluar jean,...

123 Pelancong China Pulang...

KOTA KINABALU - Seramai 123 pelancong China dari Hubei pulang menaiki pesawat sewa...

Lelaki Anjur Acara Tunggang Kerbau Berbogel Ditangkap

SEORANG rakyat Britain yang mencetuskan kemarahan di Filipina kerana membenarkan pelancong menunggang kerbau dalam keadaan bogel pada bulan Februari lalu, telah ditangkap sekali lagi.

Liam Cox, 35, yang berpindah ke Pulau Surigao del Norte sejak beberapa tahun lalu, telah membuka sebuah bar dan rumah tumpangan dengan sasaran pelanggan adalah warga asing dari Britain.

Kali ini dia ditangkap selepas serbuan polis mendapati terdapat penyalahgunaan ganja di rumah dan bar berkenaan.

Serbuan dilakukan polis selepas terdapat tulisan ‘DRUGS, SEX, BEER, RUM, COKE’ yang ditulis di luar rumah tetamu berkenaan.

Dalam serbuan polis yang dilakukan semalam, pihak berkuasa menemui ganja dan dadah manakala Cox sendiri berada di bawah pengaruh dadah.


Dua lelaki lain turut ditangkap di bar milik Cox. – MYNEWSHUB.CC

Kategori