Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bunuh Diri Sebab Suami...

SEORANG wanita di India sanggup membunuh diri selepas suaminya tidak dapat menemaninya untuk...

Ajal Kejar Pencuri Lori

Petaling Jaya - Tindakan seorang lelaki berusia 35 tahun cuba menahan penjenayah yang...

Rupanya Pelawak Maidin Meninggal...

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai,...

Penguatkuasaan Bersepadu Kurangkan Kes...

IPOH - Penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan agensi di...

Lelaki Bangladesh Mati Dikelar

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kilometer 60, Jalan Gua Musang-Lojing, di sini semalam.

Mangsa, Md. Momrag Khan berusia 39 tahun yang beralamat di Tanjung Karang, Selangor ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Gen 2 dengan kesan kelar di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, sebelum itu Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 1.15 petang.

Katanya, orang awam memberitahu terdapat sebuah kenderaan telah menghalang lalu lintas berhampiran simpang jalan Pos Hendrop dan mendapati seorang mangsa lelaki wargan asing dalam keadaan berlumuran darah.

“Pihak polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan mendapati mangsa telah dikelar menggunakan senjata tajam.

”Anggota turut menjumpai sebilah pisau berhulu kayu coklat sepanjang 23 sentimeter ditempat pemijak kaki dalam kereta itu yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mohd. Taufik berkata, siastan di dalam kereta juga turut menemukan duit RM15 yang dipegang dalam tangan kanan mangsa yang berlumuran darah.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil semakan mendapati kereta Proton Gen 2 berwarna perak itu dibeli dan didaftarkan atas nama mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Kategori