Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Harga RON95, RON97 Turun...

HARGA runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi 8 hingga 14 Ogos 2020,...

Ustaz Kazim Takkan Padam...

DIKRITIK dan dicemuh sememangnya 'makanan' yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang bergelar public...

HTC Desire 820 Dilancarkan...

HTC secara rasminya telah melancarkan sebuah telefon pintar di dalam siri keluarga Desire.HTC...

Anifah Bertemu Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bertemu rakyat Malaysia, Richard Lau,...

Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

HARARE – Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian untuk ayam peliharaannya yang mati baru-baru ini.

Philemon Murefu, 38, terkenal sebagai pencinta haiwan dan sering dilihat berjalan dengan ayam peliharaannya di bahu dan anjing miliknya yang dipakaikan baju.

Dua minggu lalu, Murefu mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjemput mereka dan keluarganya menghadiri upacara pengebumian seekor ayam peliharaannya.

Murefu memberitahu sebuah akhbar tempatan, walaupun penduduk kampung dan keluarganya sendiri kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi dia tetap meneruskan upacara itu.

“Ketika masih kecil, ibu saya sangat menyayangi haiwan dan saya dibesarkan bersama-sama haiwan ini.

“Saya sangat sedih apabila haiwan yang saya pelihara mati, perasaan yang sama apabila kehilangan orang yang saya sayang,” katanya yang tinggal di Mabvuku, 21 kilometer dari ibu kota Harare.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung dan keluarganya melarang dia membuat upacara pengebumian serta berkabung atas kematian ayam itu.


“Saya menerima banyak penghinaan daripada orang yang rapat dengan saya terutama keluarga dan rakan yang menuduh saya melakukan sesuatu yang tabu tetapi mereka tidak faham perasaan saya.

“Saya dan beberapa rakan yang menyokong saya membuat upacara berkenaan serta mengebumikan ayam kesayangan di kawasan rumah.

“Kini saya merancang untuk meletakkan batu nesan di kubur ayam peliharaan saya itu,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori