Lelaki Maut Kereta Dipandu Terjunam Ke Dalam Gaung Di Pitas

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter yang digenangi air di Jalan Rosob Dandun, dekat Pitas, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata mangsa Jelmen Atan, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.31 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian terletak 50 kilometer.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh pasukan bomba yang melakukan operasi selaman,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Petugas Parlimen Meninggal Dunia Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengesahkan satu kes kematian melibatkan seorang...

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...