Lelaki Tempatan, Wanita Vietnam Ditahan Bersama Dadah RM63,785

JOHOR BAHRU: Dua pengedar dadah terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan wanita warganegara Vietnam ditahan bersama sejumlah dadah bernilai RM63,785 dalam dua operasi di bandar raya ini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Johor, Superintenden R. Azizan Ibrahim berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 37 dan 31 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan bermula pukul 7 malam.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 89.7 gram syabu, 64.9 gram ketamin, 623 gram serbuk ekstasi, 337 biji pil Eramin 5, 304 biji pil ekstasi dan 26 biji pil yaba. Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM63,785. Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Lexus bernilai RM43,000 dan wang tunai sebanyak RM550,” katanya di sini hari ini.

Tambah R. Azizan, jumlah nilai rampasan keseluruhan melibatkan dadah dan barangan adalah RM107,335.

Ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati kedua-dua suspek positif penyalahgunaan dadah melibatkan pengambilan methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau. Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menjadikan sebuah kediaman yang berpagar dan berpengawal sebagai lokasi menyimpan dadah dan telah beroperasi sejak tahun lalu,” ujarnya.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...