Libasan STL Kembali Lagi

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) kembali dengan lebih menarik.

Selepas setahun menghilang angkara Covid-19, STL musim 2021/2022 akhirnya menemui peminat bermula hari ini, dengan menampilkan 10 pasukan Premier dan 10 lagi bersaing dalam Divisyen 1.

Lebih istimewa, peminat juga akhirnya dapat melepas rindu untuk menyaksikan pertarungan sepak takraw elit itu di stadium apabila kemasukan penonton dibuka buat kali pertama sejak 2019.

Dijangkakan 50 peratus penonton dari kapasiti stadium dibenarkan memasuki lima venue – Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu, Spice Arena, Bayan Baru, Stadium Indera Mulia, Ipoh dan Iskandar Malaysia Studio, Johor.

Perlawanan Sumbangsih di antara juara Premier 2020, Kuala Lumpur (KL) Thunder menentang juara Divisyen 1, Bomba Fighters akan merasmikan STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa malam ini, serentak dengan pelancaran kejohanan.

Buat kali pertama juga, kejohanan ‘diterbangkan’ ke Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia dan Hong Kong apabila disiarkan secara langsung oleh Astro menerusi aplikasi OTT di laman web elevensports.com.

Tidak sekadar pentas mencari juara, STL 2021/2022 turut menjadi platform buat pemain sepak takraw tanah air membuktikan kehebatan dan memikat pengendali skuad kebangsaan untuk diserap ke dua temasya besar tahun ini, Sukan Asia dan Sukan SEA.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...