Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dewan Pemuda PAS Terkilan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini melahirkan rasa terkilan...

Apa PH Buat Dalam...

PH dan Atok97 paling tak layak nak sebut rule of law atau nak...

ATM, Perbankan ‘Online’ Selamat...

KUALA LUMPUR - Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan...

Betul Ke? Wanita Dakwa...

Seorang ibu dua anak yang terlalu obses dengan kewujudan pari-pari mendakwa dia berjaya...

Lokasi Pusat Sembelih Ayam Selayang Sesuai

KUALA LUMPUR — Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia (G3PM) hari ini menyokong projek pembinaan pusat penyembelihan ayam halal bersepadu di Pasar Borong Harian Selayang kerana bersesuaian dengan kehendak semasa peniaga dan pelanggan di sekitarnya.

Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata projek ini bakal memberi impak positif kepada warga kota dengan kapasiti pembekalan 80,000 hingga 120,000 ekor ayam bersih dan halal kepada pengguna setiap hari.

“Selain itu, setiap pemprosesan dan penyembelihan ayam bakal dipantau oleh JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi pusat itu.

“Projek itu merupakan keputusan komprehensif kepada peniaga ayam menyediakan stok jualan mereka mengikut piawaian tinggi, bersih dan halal serta patuh syarak halalan-toyyiban buat pengguna,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rosli turut mendakwa kira-kira 80,000 ekor ayam disembelih secara haram dan tidak mematuhi piawaian halal di sekitar Pasar Borong Harian Selayang.

“Dakwaan terhadap mana-mana pihak yang menyatakan wabak selesema burung boleh berlaku di kejiranan jika pusat itu siap adalah tidak benar, sekiranya benar, keadaan sekarang di pasar itu sebenarnya menyumbang kepada wabak itu.

Pada 8 Nov, peniaga dan warga Selayang mengadakan bantahan di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pembinaan pusat penyembelihan itu kerana terletak berhampiran kawasan perumahan dan kawasan tumpuan orangramai. “Tempat sembelih ayam di pasar-pasar sekitar ibu kota sekarang tidak konsisten, tidak terurus malah sisa-sisa ayam berterabur sehingga mengundang tikus dan lalat-lalat.

“Kewujudan pusat itu bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada aktiviti sembelih ayam tetapi juga dapat dikawal daripada segi kebersihan kerana sistem loji rawatan air moden dan sisa buangan pepejal turut disediakan,” katanya.

Pengarah Sahih Group Sdn Bhd Ahmad Jefri Mohd Meidin berkata pihaknya selaku pemaju projek ini menyeru kerajaan supaya mempercepatkan projek pembinaan supaya semua aktiviti penyembelihan ayam dapat dijalankan di hab itu.

Pusat penyembelihan itu juga bakal menyediakan 800 lot untuk pembekal dan peniaga ayam serta lebih 1,000 petak letak kereta untuk pelanggan Pasar Borong Harian Selayang.


“Isu kesesakan lalu lintas juga dapat diselesaikan apabila pelebaran jalan di hadapan pusat itu dibuat daripada dua lorong kepada empat lorong jadi ia akan memudahkan perjalanan pelanggan pasar.

“Selain itu, lori-lori ayam juga tidak akan menghalang jalan utama kerana kami turut akan menyediakan kawasan untuk mereka menurunkan ayam hidup, “ katanya.

Dengan pembinaan pusat penyembelihan ayam halal bersepadu, gerai-gerai warga asing yang tidak berlesen juga dapat ditangani.

“Gerai-gerai tidak berlesen ini sebenarnya menghalang trafik di kawasan pasar borong dan dengan projek pembinaan ini pihak berkuasa tempatan dapat membendung masalah ini dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata kelulusan perintah pembangunan projek ini telah mengambil kira kajian Traffic Impact Assesment (TIA) untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Jabatan Alam Sekitar juga telah memperakui kebolehlaksanaan pembinaan projek ini walaupun kurang 500 jarak radius daripada kawasan perumahan disebabkan oleh pematuhan semua aspek garis panduan terutamanya daripada segi sistem perparitan, penyediaan loji rawatan air, reka bentuk bangunan serta kemudahan lain-lain.

“Selain itu, turut dilengkapi dengan sistem kawalan serangga perosak (pest control) selain aktiviti pembersihan harian berjadual akan dapat mengatasi masalah lipas, lalat dan tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori