Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Kakitangan Mahkamah KL...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dihadapkan di Mahkamah...

Remaja OKU Dirogol Dua...

Kuala Lumpur : Luluh hati seorang bapa apabila anak perempuannya berusia 13 tahun...

Harap Lebih Banyak Kapal...

KUANTAN - Malaysia yakin Pelabuhan Kuantan yang kini dilengkapi pelbagai kemudahan mampu menarik...

Chong Wei Yakin Dapat...

BANGKOK - Datuk Lee Chong Wei yakin dia dapat membersihkan namanya selepas digantung...

Long Tiger Pemegang Kad UNHCR, Fitnah Polis

LELAKI Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan kelmarin disiasat kerana memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Muar pada Selasa lalu.

Menurutnya, kini suspek direman lima hari kerana kesalahan memfitnah pegawai polis berkenaan dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan.

“Suspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

“Suspek juga bukan warga Malaysia seperti yang didakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang sebaliknya adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.


Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

“Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang koperal bertugas di IPD Muar turut ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penahanan Long Tiger.

“Merakam gambar serta video suspek ketika dalam tahanan adalah satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu.

“Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami,” katanya. – myMetro Online

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori