Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pyongyang Bedil Peluru Berpandu...

SEOUL - Korea Utara membedil beberapa peluru berpandu di pantai timur negara itu,...

MB Pahang Umum Blok...

MARAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembinaan...

Bantahan Uber Lumpuh Pengangkutan...

MOMBASA - Lebih 300 pemandu teksi Uber di Kenya, Mombasa mengadakan bantahan susulan...

Betul Ke 1 April...

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je...

LPF Luluskan Tayangan Filem Beauty and The Beast Tapi…

KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya meluluskan penayangan filem Beauty and the Beast dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan membabitkan adegan homoseksual di dalam filem berkenaan.

The Star melaporkan, Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya perlu mengambil perhatian kerana ia adalah isu sensitif.

Menurutnya, ini adalah susulan pengumuman yang dibuat pengarah filem berkenaan, Bill Condon mengenai adegan ‘gay’ dalam filem tersebut.

“Sebaik sahaja filem mendapat kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan.

“Bagaimanapun, tarikh dan lokasi tayangan bukan dibawah bidang kuasa LPF,” katanya dalam satu kenyataan.

Beauty and the Beast sebelum ini telah mendapat tarikh tayangan pada 16 Mac ini (Khamis).


Baca: Watak Gay, Tayangan Beauty & The Beast Ditangguhkan

Klasifikasi P13 bermaksud kanak-kanak dibawa umur 13 tahun dinasihatkan menonton dengan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou merupakan seorang gay (pengamal hubungan sejenis).

Beauty and the Beast dibintangi pelakon hebat Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston). – MYNEWSHUB.CC

Kategori