Lydiawati Serah Representasi Kaji Semula Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pelakon popular tahun 1980-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara agar pertuduhan ke atasnya dikaji semula.

Peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon memaklumkan perkara itu ketika kes berkenaan disebut di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan surat representasi kepada pihak pendakwaan dan Majistret Haslinda A. Raof menetapkan 13 Oktober bagi mengetahui keputusan representasi itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem ‘Suami, Isteri dan …’, mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...