Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Suspek Periksa...

SEREMBAN - Polis hari ini berjaya menahan dua lagi lelaki yang disyaki memeriksa...

Sesat Di Gunung Pulai,...

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan...

8,876 Calon SPM 2019...

PUTRAJAYA - Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh...

Pos Malaysia Keluar Siri...

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem istimewa...

Mael XPDC Rebah Kerana Gout, Bukan Nazak

TULAR menerusi media media sosial semalam mendakwa konon vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang nazak selepas ditemui rebah di rumahnya, di Johor.

Bagaimanapun, pengurusnya, Yazid memberitahu Mael sebenarnya dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor awal pagi Rabu kerana penyakit gout dan dia berada dalam keadaan yang stabil di bawah pemerhatian doktor.

“Mael hanya mendapatkan rawatan di wad kecemasan kerana serangan gout dan keadaannya stabil, bukan nazak seperti yang dikecohkan oleh segelintir pihak.

Mael XPDC Rebah Kerana Gout, Bukan Nazak
Mael XPDC

“Doktor terpaksa memasukkan air ke dalam badan Mael kerana keadaan dirinya yang agak lemah ketika tiba di hospital,” kata Yazid kepada portal BH Online.

Tambah Yazid, dia juga tidak pasti sama ada Mael akan terus ditahan di wad ataupun dibenarkan pulang ke rumah kerana masih belum berjumpa dengan penyanyi itu.


Mael mengalami penyakit gout sejak setahun yang lalu dan dia sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori