MAGB, Khazanah Kerjasama Pulihkan Prestasi MAB

KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group Bhd. (MAGB) kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd. untuk menggubal semula strategi serta menilai semua pilihan strategik untuk memulihkan prestasi syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd. (MAB).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata MAGB sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk mengurangkan kerugian melalui peningkatan pendapatan dan inisiatif rasionalisasi kos, manakala MAB kini giat meneroka pelbagai peluang strategik serta rangkaian kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepada syarikat penerbangan tersebut.

“Kerajaan juga terbuka dan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak bagi menyelamatkan Malaysia Airlines, termasuk pembelian oleh sektor swasta,” katanya pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Perdana Menteri di minta oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memulihkan prestasi MAB serta sejauh manakah keberkesanannya sehingga ke hari ini.

Mengenai kerjasama antara MAB dan Japan Airlines (JAL), Tun Mahathir berkata satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada 27 Mei 2019 merangkumi kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam perkhidmatan penumpang MAB dan JAL, serta laluan domestik seterusnya yang akan menghubungkan perkhidmatan antarabangsa.

“Di samping itu, kedua-dua syarikat penerbangan ini juga akan bekerjasama dalam skop yang lebih luas, seperti berkongsi amalan terbaik, meneroka kerjasama dalam bidang lain seperti perkhidmatan kargo dan sama-sama membangunkan sektor pelancongan di pasaran Malaysia dan Jepun,” katanya.

Kerjasama ini dijangka bermula pada 2020, namun tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia dan Jepun.

Melalui kerjasama ini, Perdana Menteri berkata Malaysia bakal mendapat pelbagai manfaat ekonomi, termasuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan Jepun, potensi untuk meningkatkan sektor perdagangan dan pelancongan serta mempromosi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hab perjalanan udara.


“Selain itu, penumpang juga akan mendapat lebih banyak pilihan, perhubungan yang lebih baik dan secara keseluruhannya perkhidmatan pelanggan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Mustapa mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah dalam MAB, Tun Mahathir berkata sudah terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan prestasi MAB, namun menemui kegagalan.

“Pengurusan-pengurusannya (MAB) telah ditukar berkali-kali, masing-masing berjanji mereka dapat memulihkan semula syarikat penerbangan ini, tetapi malangnya semua tidak dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh MAB.

“Disebabkan itu, hari ini kita berhadapan dengan kemungkinan (syarikat) penerbangan ini dihentikan sama sekali, supaya kita dapat menjimatkan wang yang banyak (yang telah dilaburkan) untuk pemulihannya,” katanya.

Kerajaan juga katanya sanggup mendengar pendapat lain mengenai kaedah untuk memulihkan semula MAB, termasuk cadangan pengambilalihan MAB, sama ada menerusi pembelian mutlak atau kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan lain.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...