Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Presiden Ketiga Indonesia BJ...

JAKARTA - Presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia...

PRN Sabah: BN Umum...

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifesto dan akujanji bagi Pilihan Raya Negeri...

Syarikat Perladangan Dicadang Pulangkan...

Bagan Datuk : Syarikat perladangan diminta bersedia memulangkan 20 peratus tanah yang dipajak...

Potong Kemaluan Mahu Jauhi...

Shandong - Seorang pelajar di sini yang memutuskan untuk hidup tanpa dosa dan...

Mahadzir Lokman Kritikal Di ICU, PPUM

PENGACARA yang popular pada tahun 90-an, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut adiknya, Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Dale, tidak sedarkan diri di kediamannya pagi tadi.

Beliau baru sahaja pulang dari Jakarta, Indonesia dua hari lalu.

Mahadzir dilaporkan dalam keadaan tenat oleh kerana menghidapi sejenis jangkitan yang telah menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tingginya merosot.

“Abang saya tidak sedar diri sejak Subuh tadi. Kami cuba mengejutkan beliau untuk memberi suntikan insulin sekitar jam 10 pagi tapi beliau sudah tidak sedarkan diri dan pernafasannya terganggu,” kata Danial kepada Astro Awani.

“Kami terjs menelefon ambulans dan Mahadzir terus dikejarkan ke PPUM.


Menurut Danial lagi, Mahadzir juga dilaporkan mengalami radang paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang.

Dalam pada itu, Danial memohon agar sahabat handai dan para peminat untuk mendoakan Mahadzir agar sihat semula. – MYNEWSHUB.CC

Kategori