Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Sedih Kucing Bernama...

KUCING adalah haiwan peliharaan yang amat disayangi sesetengah orang.Begitu pun cuma mereka yang...

Benteng Batu Selamat Kejadian...

KUALA PERLIS - Benteng batu yang dibina di sepanjang pesisir pantai di sini...

Al-Ishsal Ishak Dilantik Pengerusi...

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai...

Dua Sahabat Didakwa Peras...

BALIK PULAU - Dua sahabat didakwa di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan...

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan Belanjawan 2020

KUANTAN – Belanjawan 2020 yang disifatkan ‘semua orang gembira’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ternyata tidak menggembirakan golongan mahasiswa.

Ahli Parlimen Belia Pahang, Anwar Ridhwan Muhammad Azhari berkata, golongan mahasiswa kecewa apabila tiada peruntukan khas untuk mereka terutamanya baucar buku sebagaimana dijanjikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada sesi townhall di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) awal Mac lalu.

“Kekecewaan ini turut dirasai graduan yang baru menamatkan pengajian apabila tiada insentif baru mahupun diskaun Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Anwar Ridhuan berkata, Belanjawan 2020 itu tidak menyebut langsung mengenai PTPTN dan ia dilihat tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan pelbagai insentif untuk mahasiswa dan belia.

“Justeru itu, dalam menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, kerajaan sepatutnya memandang serius perkara ini dengan meletakkan golongan ini sebagai fokus utama dalam belanjawan akan datang,” katanya. – Sinar Harian

Kategori