Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Auto Correct’ Yang Menjahanamkan…...

DENGAN kecanggihan telefon pintar sampaikan apa yang kita buat pun telefon pun nak amik...

Guan Eng Betul Ke...

KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis politik mendakwa rasa ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim...

Dagangan Ringgit Dijangka Positif...

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan minggu memberangsangkan untuk...

Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga...

KUALA LUMPUR - Apa yang hendak dihairankan apabila berlaku vandalisme di beberapa buah...

Mahathir Disambut Permaidani Merah Di Vietnam

HANOI – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memulakan lawatan tiga hari ke Vietnam hari ini disambut penuh penghormatan oleh negara republik sosialis itu dengan hamparan permaidani merah.

Dr. Mahathir diberikan sambutan rasmi di Istana Presiden di mana ketibaan beliau dialu-alukan oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.

Dr. Mahatahir memeriksa barisan penghormatan di mana lagu kebangsaaan Malaysia Negaraku dan lagu kebangsaan Vietnam didendangkan.

Kemudian, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat terhad dan diikuti mesyuarat delegasi di pejabat perdana menteri.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hubungan dua hala serta menggalakkan inisiatif kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan serta isu-isu serantau dan antarabangsa bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak.

Selepas perbincangan itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan majlis pertukaran surat bagi penubuhan Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia-Vietnam dan diikuti oleh sidang media bersama.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.


Kemudian pada hari ini juga Dr. Mahathir akan mengadakan dialog dengan ahli perniagaan Malaysia dan pelabur yang melibatkan sebanyak 27 syarikat Malaysia yang beroperasi di Vietnam.

Dr. Mahathir tiba di Hanoi Isnin malam bagi lawatan rasminya ke Vietnam atas undangan rakan sejawatannnya Nguyen Xuan Phuc.

Kali terakhir Dr. Mahathir melakukan lawatan kerja ke Vietnam ialah dalam tahun 1998 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam terjalin sejak 1973.

Vietnam merupakan rakan kongsi ekonomi Malaysia yang penting. Malaysia dan Vietnam menyasarkan untuk mencapai nilai dagangan sebanyak US$15 bilion (RM63 bilion) tahun depan berbanding US$13.3 bilion (RM55.7 bilion) tahun lepas.

Kategori