MAHB Nafi Dakwaan DAP Konon KLIA2 Terminal Bajet

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dibina untuk tampung peningkatan penumpang dan bukan sebagai terminal kos rendah seperti dakwaan pemimpin DAP, Tony Pua.

Justeru Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) dalam kenyataan dikeluarkan hari ini membidas tohmahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang anggap KLIA2 untuk ganti Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

Firma pengendali 39 buah lapangan terbang di Malaysia itu menegaskan bahawa pembinaan KLIA2 sebanyak RM4 bilion mengambil kira pelbagai kepentingan termasuk memenuhi keperluan industri penerbangan awam negara.

Pada masa sama, MAHB berkata, langkah menyamakan caj khidmat penumpang (PSC) di KLIA2 dengan KLIA membolehkan peruntukan subsidi RM60 juta setahun digunakan bagi mengukuhkan sektor penerbangan Malaysia.

“Secara rasionalnya, langkah untuk menyeragamkan kadar PSC itu disebabkan KLIA2 sudah setanding dengan KLIA malahan menjadi lapangan terbang yang jauh lebih hebat berbanding terminal udara lain di seluruh negara sendiri.

“Penyamaan caj baharu itu juga membolehkan lapangan terbang di Malaysia lebih menepati garis panduan sektor penerbangan komersial antarabangsa, termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya.

Sementara itu, MAHB turut mengumumkan bahawa kadar PSC untuk perlepasan destinasi antarabangsa meningkat kepada RM50 bagi KLIA2 dan RM73 untuk semua lapangan terbang lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...