Majlis Kahwin Pasangan Bukan Islam Dibenar Di JPN, Rumah Ibadat

PUTRAJAYA – Pasangan bukan Islam kini boleh melangsungkan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 hari ini.

Kenyataan JPN hari ini, berkata bagaimanapun kebenaran itu hanya untuk kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) saja.

JPN berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dipengerusikan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seru Ismail Sabri Yaakob, itu membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh sejak pelaksanaan PKP kali kedua dapat diadakan. 

Katanya, upacara perkahwinan di kawasan yang dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) masih tidak dibenarkan.

“Selaras dengan keputusan ini, JPN mengemaskini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam untuk panduan dan pematuhan semua pihak terbabit. 

“Antara perkara yang ditambah baik dalam SOP itu adalah berkaitan kapasiti kehadiran ketika upacara pendaftaran perkahwinan,” katanya.


Kenyataan itu menyebut, bagi upacara yang dijalankan di pejabat JPN, maksimum 10 individu, termasuk pendaftar dibenarkan bagi upacara pendaftaran perkahwinan sivil, tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di premis JPN.

Jumlah kehadiran dalam upacara di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam dilaksanakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP), berbeza mengikut kawasan pelaksanaan PKP.

Bagi kawasan PKP maksimum 10 individu termasuk PPP dibenarkan pada upacara pendaftaran secara adat, agama, kelaziman atau sivil; maksimum 20 orang di kawasan PKPB (termasuk PPP) dan maksimum 30 orang (termasuk PPP) di kawasan PKPP, tertakluk kepada ruang tempat upacara dilakukan.

Tiada majlis sosial dibenarkan di JPN ketika upacara pendaftaran perkahwinan berlangsung manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan atau peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Pihak Berkuasa Tempatan dan Arahan Kerajaan Negeri. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...