Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wujud Dalang Eksploitasi Amukan...

KUALA LUMPUR - Buku Konfesi Prebet Adam hasil nukilan Syahril A. Kadir, sebuah...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

MANGSA banjir di negeri Terengganu sudah mula beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing kerana...

Hudud Sukar Jika Pencuri...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan...

4,896 Calon Dapat Semua...

PUTRAJAYA - Seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi...

Makin Derma, Makin Ramai Pengemis

GEORGE TOWN – Peningkatan jumlah pengemis mengambil kesempatan daripada kebaikan penduduk setempat semakin membimbangkan.

Dalam usaha untuk mengekang gejala itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang telah menyampaikan mesej menggunakan papan tanda LED di sekitar bandar untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi wang kepada pengemis.

Negeri tersebut dipercayai menjadi yang pertama di negara ini untuk menguar-uarkan mesej seperti “Bijak membantu, elak ditipu”.

Sebahagian daripada pengemis tersebut meraih pendapatan berjumlah sehingga RM300 sehari, menurut Pengerusi JKM, Persatuan Penyayang dan Ahli Jawatan Kuasa Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh.

“Apa yang perlu mereka lakukan adalah mengenakan pakaian lusuh atau menunjukkan ketidakupayaan mereka,” katanya.

Phee menambah bahawa jumlah pengemis, termasuk orang asing, meminta derma di jalan raya semakin meningkat.


“Kami tahu rakyat Pulau Pinang adalah penyayang dan gemar membantu tetapi ini adalah apa yang diinginkan oleh para pengemis.

“Ia adalah satu perkara yang baik untuk membantu tetapi kita mesti bijak dalam memilih siapa yang boleh dibantu dan di mana untuk membuat sumbangan.

“Kami berharap orang ramai akan bekerjasama dengan kami dan mengelak daripada menderma kepada setiap pengemis yang ada di jalanan,” katanya. – mStar Online

Kategori