Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Chong Wei Yakin Dapat...

BANGKOK - Datuk Lee Chong Wei yakin dia dapat membersihkan namanya selepas digantung...

Dakwaan Guling PM 1...

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan...

Sindiket Pemalsuan Kad: 14...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara...

Kor Ming Disoal Siasat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor...

“Malaysia Baharu Jangan Bertembung Sudah”

KUALA LUMPUR – “Harapnya jangan bertembung sudah.”

Itu sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad berhubung perkembangan politik terkini membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau dalam nada sinis menyebut kononnya dua matahari dijangka akan terbit menerangi Malaysia Baharu tidak lama lagi.

Kata beliau, jika berlaku pertembungan yang dibimbangkan, maka bermaksud satu bentuk hijrah ke belakang oleh Malaysia Baharu.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi merujuk kepada langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Kerusi itu dikosongkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang baru dibebaskan dari penjara dipercayai mahu segera kembali menjadi Ahli Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum PRU14 berjanji akan memegang jawatan Perdana Menteri cuma buat seketika sebelum Anwar kembali dalam arena politik.

Bagaimanapun, terdapat desas desus Mahathir enggan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, sebaliknya kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang lebih dipercayainya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori