Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Harga RON97 Naik Lagi...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 terus meningkat dengan kenaikan 12 sen daripada...

Kristen Stewart Kekasih Terbaru...

PEMINAT dan pihak media mula membuat spekulasi siapakah wanita popular yang kini bercinta...

Lawatan Rasmi PM Ke...

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan...

TNB Nafi Banjir Disebabkan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan banjir besar yang berlaku di...

Malaysia Dilanda 181 Gempa Bumi

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) merekodkan 181 kejadian gempa bumi berlaku di negara ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata, kejadian itu yang kebanyakannya berlaku di Sabah menunjukkan pengurangan sebanyak 469 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, pada 2018 sebanyak 650 kejadian gempa bumi direkodkan.

“Gempa bumi terkuat tahun lalu adalah pada skala Ritcher 4.0 di Tongod, Sabah, 24 Jun lalu manakala bagi 2018 adalah pada skala Ritcher 5.0 di Ranau, Sabah, 8 Mac.

“Bagaimanapun gempa bumi itu tidak dirasai kecuali bagi kawasan yang hampir dengan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengenai banjir besar yang berlaku di Indonesia, Jailan berkata, ia kemungkinan tidak berlaku di Semenanjung Malaysia berikutan hujan kini dilihat tertumpu ke arah republik itu.

“Jika hujan sekalipun, mungkin hanya sementara dan tidak akan memberi kesan serius namun kita akan sentiasa memantau keadaan terkini cuaca termasuk mengeluarkan amaran sekiranya perlu,” katanya. – myMetro Online

Kategori