Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Maut, 3 Parah...

SEREMBAN - Tiga maut manakala tiga yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan...

Wanita OKU Mangsa Culik...

IPOH - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai mangsa culik ditemukan...

Pegawai Kanan Polis Melaka...

MELAKA - Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt...

GAMBAR: Syaiful Zero Sah...

DENGAN sekali lafaz, pelawak terkenal Syaiful Zero sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Ashura...

Malaysia Dilanda 181 Gempa Bumi

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) merekodkan 181 kejadian gempa bumi berlaku di negara ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata, kejadian itu yang kebanyakannya berlaku di Sabah menunjukkan pengurangan sebanyak 469 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, pada 2018 sebanyak 650 kejadian gempa bumi direkodkan.

“Gempa bumi terkuat tahun lalu adalah pada skala Ritcher 4.0 di Tongod, Sabah, 24 Jun lalu manakala bagi 2018 adalah pada skala Ritcher 5.0 di Ranau, Sabah, 8 Mac.

“Bagaimanapun gempa bumi itu tidak dirasai kecuali bagi kawasan yang hampir dengan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengenai banjir besar yang berlaku di Indonesia, Jailan berkata, ia kemungkinan tidak berlaku di Semenanjung Malaysia berikutan hujan kini dilihat tertumpu ke arah republik itu.

“Jika hujan sekalipun, mungkin hanya sementara dan tidak akan memberi kesan serius namun kita akan sentiasa memantau keadaan terkini cuaca termasuk mengeluarkan amaran sekiranya perlu,” katanya. – myMetro Online

Kategori