Malaysia Sedia Bincang Kerjasama Iktiraf Sijil Vaksin Dengan Indonesia

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia mengadakan perbincangan di peringkat dasar dan teknikal dengan Indonesia bagi mengiktiraf bersama sijil vaksinasi Covid-19, melalui aplikasi pemantauan negara masing-masing iaitu MySejahtera (Malaysia) dan PeduliLindungi (Indonesia).

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerjasama itu akan menyumbang kepada pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur, serta merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Malaysia juga menyambut baik cadangan bagi kedua-dua negara melaksanakan gelembung perjalanan (travel bubble) seperti inisiatif Reciprocal Green Lane (RGL), Travel Corridor Arrangements (TCA) dan Vaccinated Travel Lane (VTL),” katanya ketika sidang media selepas pertemuan dua halanya dengan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi di Jakarta pada hari ini yang diadakan sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Buat masa ini, pelaksanaan gelembung perjalanan boleh memberi keutamaan kepada perjalanan rentas sempadan bagi tujuan rasmi dan perniagaan, dan secara beransur-ansur dibuka bagi tujuan lain seperti pendidikan, pelancongan dan sosial.

Dalam pertemuan itu, Saifuddin turut memaklumkan hasrat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia buat julung kalinya dalam masa yang terdekat.

Ia akan memberi peluang kepada pemimpin tertinggi kedua-dua negara untuk menetapkan hala tuju hubungan kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia yang baharu dan Pemerintah Indonesia.

Malaysia juga berharap agar memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua bagi kerjasama dalam bidang pendidikan dapat ditandatangani semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia kelak, katanya.


Mengenai pengambilan tenaga kerja Indonesia dan pekerja domestik, Saifuddin percaya kedua-dua negara akan dapat memuktamadkan ‘MoU on Recruitment, Employment and Repatriation of Foreign Workers’ dan ‘MoU on the Employment and Protection of Indonesian Domestic Workers in Malaysia’.

Mengenai pekerja migran Indonesia, katanya, Malaysia menzahirkan penghargaan kepada negara itu di atas komitmen dan kerjasama yang erat dalam membantu memudahcara penghantaran pulang warganegara Indonesia yang bekerja secara tidak sah di Malaysia.

“Malaysia berharap agar Program Rekalibrasi Pulang (PRP) dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (PRTK) yang dilanjutkan sehingga hujung tahun 2021 ini dapat dimanfaatkan oleh warganegara Indonesia yang berada di Malaysia yang ingin pulang secara sukarela atau bekerja secara sah di Malaysia,” katanya.

Saifuddin berkata, Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia dalam memastikan anak-anak pekerja migran Indonesia mempunyai akses kepada pendidikan, termasuk melalui penubuhan Pusat Pembelajaran Alternatif seperti Sekolah Ekspariat, Community Learning Centre (CLC) dan Pusat Bimbingan HUMANA.

Saifuddin kini berada dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Jakarta bermula semalam, yang merupakan lawatan rasmi pertamanya sejak dilantik semula sebagai Menteri Luar pada 30 Ogos lalu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi...