Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum Iktiraf Kerajaan Taliban

KUALA LUMPUR – Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa dengan mengambil kira pertimbangan tertentu, sebelum membuat keputusan mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata antara faktor yang diambil kira antaranya tahap penerimaan rakyat Afghanistan terhadap penguasaan kerajaan Taliban dan pendirian yang ditetapkan secara bersama melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Selain itu, Malaysia juga percaya aspek keterangkuman amat penting bagi tujuan mencapai keamanan, namun kita dapati kerajaan sementara yang dibentuk Taliban masih tidak bersifat inklusif.

“Saya ingin jelaskan, sehingga kini masih tiada negara luar yang mengiktiraf kerajaan sementara Taliban, termasuk negara yang berjiran dengan Afghanistan.

“Seperti Malaysia, negara itu juga sedang meneliti perkembangan di sana (Afghanistan),” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) yang ingin tahu sama ada Malaysia akan mengiktiraf Afghanistan di bawah pemerintahan baharu Taliban.

Saifuddin berkata, sehingga kini hanya terdapat dua rakyat negara ini berada di Afghanistan yang sedang berkhidmat dengan organisasi kemanusiaan antarabangsa.

“Mereka sudah melaporkan diri kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan berada dalam keadaan selamat.

“Mereka juga membuat keputusan untuk kekal berada di sana bagi meneruskan tugas dan pada masa sama, terus mengambil segala langkah bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...