Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Dia Hantar Gambar Terakhir...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada Mejar Mohd. Zahir, Nourshafinar Harun sebak dengan pemergian...

Awan Gergasi ‘Tsunami’ Gerunkan...

PENDUDUK di kawasan pantai barat Sabah pada Selasa dikejutkan dengan fenomena alam luar...

Alahai Budak WeChat… Mengaku...

SEPASANG kekasih yang berkenalan menerusi aplikasi sosial WeChat mendapat malu besar apabila aktiviti...

Spesis Tebuan Baru Ditemui,...

MENGERIKAN..spesis tebuan yang baru telah ditemui di Thailand ini sangat pelik dan luar...

Malaysia Termasuk Negara Terpantas Vaksin Remaja

KUALA LUMPUR – Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

“Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

“Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam Twitter, hari ini.

Beliau turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dilaporkan menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.


Sementara itu, tinjauan di laman web COVIDNOW mendapati, setakat semalam, jumlah penerima remaja sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebanyak 80.9 peratus dan mereka yang lengkap divaksinasi adalah 43.4 peratus.

Labuan (65.7 peratus) mencatat peratusan tertinggi menerima vaksin itu diikuti Sarawak (61.2 peratus), Kedah (57.1 peratus), Melaka (55.8 peratus), Pahang (55.4 peratus) dan Perlis (53.1 peratus).

Terendah adalah Lembah Klang (28.8 peratus), Negeri Sembilan (36.6 peratus) dan Johor (37.7 peratus).

Negeri Kelantan, Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pulau Pinang pula dilihat masih dalam kadar 40 peratus sahaja.

Menerusi data itu juga, unjuran 80 peratus remaja akan lengkap divaksinasi dijangka adalah 19 November depan dengan 2,518,000 akan divaksin manakala dalam tempoh seminggu sahaja, dijangka akan meningkat kepada 60 peratus lengkap divaksin sepenuhnya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori