Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Anak Pukul Bapa Akibat...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan memukul bapanya berusia...

Budak Lihat Ibu Dipaksa...

Durban - Baru berusia 12 tahun namun seorang budak lelaki terpaksa melihat bagaimana...

Gangguan Bekalan Air Hari...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 438,757 buah rumah di 75 kawasan di Petaling dan...

Terengganu Lancar Majlis Perundingan...

KUALA TERENGGANU - Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) dilancarkan hari ini bagi...

Malaysia Umpama Sebahagian Peperangan Palestin-Israel

WALAUPUN tidak berada di medan perang secara langsung, namun ‘penyertaan’ rakyat Malaysia dalam peperangan antara pihak Palestin dengan Israel agak menyerlah kali ini.

Belum pernah rasanya rakyat kita begitu mendekati peperangan di Palestin seperti sekarang .

Anak-anak muda Malaysia memainkan peranan amat luar biasa hebat di dunia siber dan media sosial.

Beberapa hari lepas tanda pagar #IsraelKoyak ciptaan netizen tempatan menjadi perhatian dunia.

Para pendukung tegar zionist seperti Ido Daniel sampai terpaksa membuat video untuk menjawab balik troll dan sindiran tentera bawang Malaysia.

Walaupun tersenyum sinis, namun semua kita tahu dia panas bontot yang teramat sampai terpaksa menjawab tanda pagar berbisa itu.

Lebih kelakar, video jawapannya juga berakhir menjadi bahan troll tentera bawang kita kemudiannya.

Sebelum melanjutkan rencana ini, Mynewshub hendak mencadangkan agar ada pihak membuat kajian dan tesis mengenai budaya serta apa yang digelar tentera bawang di negara ini. Pasti menarik.

Berbalik kepada isu asal, selain troll, petang tadi juga kita menyaksikan sekumpulan anak muda melakukan godaman kepada puluhan laman web milik Israel.

Rasanya negara Yahudi itu tentu tidak menjangkakan akan datang serangan siber mengejut dari Malaysia.

Oleh itu, siapa pun anda semua, penulis ingin ucapkan terima kasih dan tahniah. Insyaallah, jasa anda semua pasti akan dikenang.

Yang paling menarik perhatian penulis ialah mengenai seorang anak muda tempatan yang menggunakan nama JatIkhwan di Twitter.


Penulis tidak mengenali beliau sebelum ini.

Namun sejak konflik Palestin Israel bermula, remaja ini mula mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia, malah serata dunia.

Laporan beliau tidak sahaja tepat tetapi menyeluruh dan sangat pantas.

Kicauan beliau diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Lebih menarik wartawan-wartawan ternama beberapa negara lain pun menjadikan kicauan pemuda ini sebagai rujukan.

Tidak ada banyak yang ditulis mengenai bio dirinya melainkan beliau adalah seorang pegawai undang-undang.

Tahap sumbangan beliau membolehkan untuk beliau menerima anugerah khas kerajaan satu masa nanti.

Kesemua usaha yang dipertontonkan anak-anak muda kita membuktikan satu perkara, yakni perang tidak semestinya ditempuh dengan senjata semata-mata, tetapi kebijaksanaan akal juga memainkan peranan.

Apa juga sumbangan, sekecil mana pun ia, andai dibuat dengan kejujuran, akan membuahkan hasil yang amat baik.

Ayuh rakyat Malaysia, kini kita bukan lagi penonton ikat tepi… Kini kita menghampiri arus perdana peperangan, jangan berhenti. – Mynewshub.TV

Kategori