Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

SPAD Siasat Rakaman Bas...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan keatas rakaman...

Lelaki Bunuh, Buang Mayat...

BALIK PULAU - Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang...

Pengarah Kolej Direman 5...

KUANTAN - Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini direman selama...

“Kerajaan PH ‘Gila’, Enggan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak...

Malindo Air Pertama Guna Pesawat Boeing 737 Max

KUALA LUMPUR – Malindo Air akan menjadi syarikat pertama menggunakan pesawat jenis Boeing 737 MAX dalam perkhidmatan penerbangan komersial.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Malindo Air berkata pada masa ini syarikat itu menggunakan jet jenis Boeing 737 Next-Generation dan akan menerima sehingga empat unit Boeing 737 MAX, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkongsi rasa bangga di atas kemampuan syarikat itu muncul sebagai penerbangan pertama di dunia menawarkan pesawat dilengkapi inovasi terbaharu.

“Pesawat ini akan membolehkan Malindo Air terbang ke destinasi lebih jauh pada jarak (memakan masa) sehingga tujuh setengah jam selain menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

“Sejajar (kepentingan) sektor pelancongan antara penjana utama pendapatan negara ini, pesawat baharu itu turut berperanan penting dalam usaha penawaran harga tambang yang lebih rendah,” katanya. – BERNAMA

Kategori