Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Digi Lancar Identiti Jenama...

DIGI, salah satu syarikat telco utama di Malaysia secara rasminya memperkenalkan penjenamaan baru...

Ada Pegawai Kerajaan Gelapkan...

Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri ketiga menunjukkan ada pegawai kerajaan bertanggungjawab menggelapkan...

2 Anggota Dewan Negara...

IPOH - Proses pemilihan dua Anggota Dewan Negara akan diadakan pada persidangan Dewan...

Wanita Islam Dari Australia...

SEORANG wanita Islam dari Australia telah dihalau dan diugut oleh penduduk tempatan hanya...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Mamat Khalid, Mynewshub


Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori