Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Farmasi Selamba Buat Iklan...

HARI kekasih (Valentine's Day) yang disambut pada 14 Februari sememangnya mengundang pelbagai isu kontroversi...

Rita Tak Peduli Digelar...

DITUDUH menjadi punca kepada masalah rumah tangga pelakon Aqasha, Rita Rudaini memberitahu bahawa...

Juruukur Bahan Direman Bagi...

PUTRAJAYA - Mahkahamah Majistret di sini membenarkan seorang juruukur bahan ditahan reman enam...

MH370: Pusat Sokongan Keluarga...

PUTRAJAYA - Pusat komunikasi dan sokongan keluarga yang ditubuhkan di Beijing, China untuk...

Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat Kepada 1,081 Orang

MELAKA — Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 868 mangsa daripada 239 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka iaitu Balai Raya Seri Jeram di daerah Alor Gajah menjadikan kesemuanya lapan pusat dibuka di negeri ini.

Katanya daerah Alor Gajah mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 951 orang penduduk membabitkan seramai 229 mangsa di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, 40 mangsa di Balai Raya Kampung Gadek dan 205 mangsa di SK Lesung Batu.

“Selain itu di Alor Gajah juga menempatkan seramai 102 mangsa termasuk 94 daripadanya merupakan pelajar Sekolah Tahfiz Panchor, empat mangsa di Balai Raya Seri Jeram, 71 mangsa di Balai Raya Kampung Beringin dan 300 mangsa di SK Belimbing Dalam.

“Seramai 130 orang penduduk ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong di daerah Melaka Tengah,” kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini hari ini.


Beliau berkata kejadian banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan dari 1.30 pagi hingga 5.30 pagi semalam.

Menurut beliau Pejabat Meteorologi Melaka memaklumkan cuaca di seluruh negeri pada petang ini diramal ribut petir di beberapa kawasan pedalaman dan hujan di satu dua kawasan pedalaman pada waktu malam. — BERNAMA

Kategori