Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Wakil Sabah Gamat Dengan...

KUALA LUMPUR - Jika tahun lepas beliau menggamatkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan...

Tiga Pengedar Dadah Warga...

JAKARTA - Polis Indonesia menangkap tiga rakyat Malaysia kerana terbabit sindiket pengedaran dadah...

Tunku Tun Aminah, Dennis...

JOHOR BAHRU - Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah...

Video Pergaduhan 2 Lelaki...

KAJANG - Video tular di media sosial memaparkan pergaduhan dua orang lelaki di...

Manusia Akan Hidup Dalam Bandar Bawah Laut

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya datang dari tahun 2030 berkongsi tentang kejadian masa depan melalui video terkininya.

Noah mendakwa keadaan penduduk yang berlebihan akan menjadi satu isu yang memerlukan langkah drastik terpaksa diambil.

Melalui satu rakaman temu bual dengan saluran YouTube Apex TV, Noah berkata: “Bersama dengan makhluk yang melawat dan tinggal di angkasa, kita akan mempunyai bandar di dasar lautan.

“Ini kerana terlalu banyak penduduk yang akan menjadi masalah masa depan.

“Kita terpaksa tampil dengan beberapa cara hidup yang unik.

“Saya sebenarnya sudah melawat salah satu bandar bawah laut tersebut.


“Biar saya beritahu anda, bandar-bandar itu memang menakjubkan.

“Anda menaiki kapal selam dan ia membawa anda ke bandar gergasi bawah laut. Ia dilengkapi dengan segalanya yang ada pada bandar di daratan.”

Pada 2017, populasi dunia sudah mencapai 7.5 juta penduduk dan saintis meramalkan bahawa bumi akan mencapai kapasiti maksimum antara 9 ke 10 bilion. – Daily Star

Kategori