Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Baling Baldi Kerana Azmin...

SHAH ALAM - UMNO Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri...

Proses Pemeriksaan Awam HSR...

KUALA LUMPUR - MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai menjalankan proses...

Kadar Zakat Fitrah Di...

KOTA KINABALU - Zakat fitrah di Sabah tahun ini kekal pada kadar RM7...

Kanak-Kanak Mati Senjata Kimia...

BEIRUT - Tentera Syria dipercayai menggunakan senjata kimia dalam serangan di Ghouta Timur...

Mari Selamatkan Hutan Merapoh #SaveMerapoh

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dipohon supaya segera memantau isu pembalakan dan pembukaan hutan yang kini sudah jangkau seluas 668 hektar di Mukim Batu Yon, Merapoh, Lipis, Pahang.

Akibat aktiviti pembalakan tanpa kawalan itu, banyak kesan sampingan dilihat berlaku antaranya menjejaskan sektor eko-pelancongan dan kemusnahan khazanah alam seperti flora dan fauna yang unik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, arahan telah dikeluarkan selepas isu itu dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, Rabu lalu.

“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang segera turun padang dan membuat pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan perkara berkenaan.

“Kita memang mengetahui bahawa hutan Merapoh ini terkenal dengan khazanah flora dan fauna serta gua batu kapur yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya dipetik daripada BH Online.

Akibat pembukaan hutan yang berlaku berhampiran gua batu kapur yang dikenali sebagai Gua Hari Malaysia itu, Sungai Merapoh yang merupakan sumber bekalan air bersih kepada penduduk setempat turut tercemar.

Beliau juga diminta untuk mengulas dakwaan Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave, Mohd. Laili Basir yang mengatakan kira-kira 10,000 penduduk daripada lapan perkampungan sekitar Merapoh telah terjejas.

Ia akibat pencemaran sungai berkenaan dan perkara itu mungkin akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang sekiranya kawasan tadahan hujan tersebut tidak diselamatkan daripada sekarang.

Mohd. Laili menyifatkan hutan itu perlu dipertahankan kerana biodiversiti hutan tersebut dikenali sebagai syurga hidupan liar yang mampu menarik lebih ramai pelancong selain keindahan gua batu kapur yang tersergam indah.

Di sekitar kawasan itu turut terdapat gua batu kapur lain yang dikatakan kedua tercantik di Malaysia yang dianggarkan telah mencapai usia 230 hingga 350 juta tahun serta menjadi tempat ‘bermain’ habitat hidupan liar.

Ini termasuk gajah, tapir, harimau, beruang, risa, kambing gurun serta spesis Bunga Padma Tikus atau nama saintifiknya rhizanthes loweii (Beccari) Harms iaitu keluarga rafflesia terkecil di dunia.


Mengulas itu itu Mohd Sharkar berkata, kerajaan negeri akan sentiasa peka dah prihatin mengenai pemuliharaan alam sekitar dan akan tetap berusaha untuk mempertahankan eko pelancongan di Merapoh.

“Kita dengar permasalahan yang dibangkitkan penduduk kampung di Merapoh sebagaimana kita lakukan dengan tidak benar pembinaan kilang simen di kawasan itu beberapa tahun lalu,” katanya.

Merapoh terletak tersangat hampir berdekatan dengan kawasan tadahan hujan semenanjung Malaysia yang mana anggaran 75 peratus bekalan air di Semenanjung berpunca dari situ.

Dalam masa sama, Pengarah Jabaran Alam Sekitar (JAS) Pahang, Rosli Zul menjelaskan bahawa ia akan berusaha untuk bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan negeri bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai dakwaan pembalakan sehingga menjejaskan kualiti air di Sungai Merapoh.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan negeri sebelum buat tinjauan dan pemeriksaan terhadap kualiti air Sungai Merapoh yang didakwa terjejas akibat pembalakan di situ,” kata Rosli.

Pada masa yang sama kini, ramai anak muda didapati sedang memperjuangkan tanda pagar #SaveMerapoh di semua laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

Salah seorang aktivis media sosial yang dikenali sebagai Nurulhuda telah menggerakkan kesedaran tagline #SaveMerapoh sehingga tular ke luar negara antaranya Amerika Syarikat, Indonesia, Jepun dan India.

Mungkin dengan cara ini dapat membuka mata banyak pihak mengenai kepentingan hutan Merapoh terutamanya bagi menjaga habitat flora dan fauna yang menjadikan hutan itu sebagai tempat tinggal mereka.

Jika khazanah negara seperti Merapoh dimusnahkan, apa yang dapat kita tunjukkan kepada generasi muda akan datang? – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori