Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tuhan Tidak Mahu Semua...

KUALA LUMPUR - UMNO Selangor melahirkan rasa kesal kerana bekas Perdana Menteri, Tun...

Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

Emas RM10,000 Dibeli Secara...

KULIM: Impian seorang lelaki untuk memiliki jongkong emas dibeli melalui sebuah laman web...

Perkhidmatan Komuter Ditambah Sempena...

KUALA LUMPUR - Jadual perkhidmatan komuter bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar ditambah bersempena...

Masih Tutup Aurat, Wany Elak Baca Komen Negatif

BERTUDUNG sama sekali tidak menghalang seseorang itu untuk berfesyen asalkan ianya masih mengikut syarak yang ditetapkan untuk seseorang Muslimah.

Baca: Wany Cabar Diri Nyanyi Atas Pentas Besar

Bagi penyanyi yang mula meningkat naik, Wany Hasrita, 26, menjelaskan isu mengenai penampilan ‘baharunya’ bagi poster Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) yang dikatakan berbeza daripada penampilan dirinya sendiri.

Namun, graduan Management and Science University (MSU) itu menyatakan bahawa konsep yang disampaikan merupakan atas dasar permintaan pihak produksi sahaja dan dia bersetuju untuk berpenampilan begitu kerana baginya ia tidaklah mendedahkan aurat sama sekali.

“Ya, ramai yang tegur fesyen dan penampilan saya terutama pada poster AJL32, mereka kata penampilan saya sudah berubah…tidak macam dulu.

“Sebenarnya ia adalah permintaan produksi, saya ikutkan sahaja kerana bagi saya ia tidak keterlaluan dan masih menutup aurat.

“Lepas AJL32 selesai nanti saya akan kembali kepada Wany yang anda kenali,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Semalam baru sahaja diadakan majlis sidang media AJL32 yang berlangsung di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur.

Lagu Menahan Rindu nyanyian Wany telah terpilih bagi dipertandingkan pada 11 Februari nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Akibat penampilan sementara itu, Wany telah dikritik oleh peminat yang merasakan imejnya tidak sesuai bagi seorang penyanyi bertudung.

Bagaimanapun, artis kelahiran Cheras itu langsung tidak mahu baca sebarang komen negatif mengenai perkara itu kerana secara langsung ia akan jatuh semangtanya bagi meneruskan pertandingan yang berbaki beberapa minggu sahaja lagi.


“Saya malas nak baca komen negatif, jadi selalunya saya padam atau sekat sahaja mana-mana akaun yang komen negatif.

“Jangan risau saya hanya ikut permintaan mereka sahaja agar program itu berjalan lancar seperti yang ditetapkan,” ujarnya lagi.

Bagi mempersiapkan diri untuk pertandingan berprestij tinggi itu, Wany kini sedang sibuk menjalani kelas vokal bersama dengan saingannya iaitu Erni Zakri.

Selain berlatih vokal, Wany turut akan sentiasa memastikan supaya dia menjaga kesihatan dan staminanya sepanjang pertandingan itu nanti.

Antara lagu lain yang bakal dipertaruhkan bagi AJL32 tahun ini ialah Akhirnya Cinta nyanyian Salma, Aku Cinta (Erni & Syamel), Aku Yang Sebenar (Hazama), Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar) dan Jampi (Hael Husaini).

Bukan itu sahaja, malah lagu Lebih Sempurna (Syamel), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Ara Johari) turut bakal berentap.

AJL32 juga turut bakal dikemudikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pengacara pada malam itu nanti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori