Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azi Menangis Bertemu Keluarga...

KOTA BHARU – Ejen kosmetik yang diculik hingga dibawa lari ke Thailand buat...

Miss ‘Bum Bum’ Brasil...

SEORANG bekas peserta Miss Bum Bum Brasil tahun lalu, menerima nasib malang apabila berdepan...

Peningkatan Ammonia Dikesan Di...

Shah Alam : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan permasalahan kualiti...

“Jodoh Pernah Lintas Depan...

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya,...

“Masyarakat Perlu Prihatin, Anjing Pun Kena Bantu”

TINDAKAN spontan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang prihatin bagi menyelamatkan dua ekor anak anjing terjatuh di dalam longkang telah mendapat pujian ramai netizen.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, tujuan utamanya merakam kejadian itu adalah supaya insiden tersebut dapat memupuk sikap prihatin terhadap haiwan.

“Saya terdetik merakamkan tindakan saya menyelamatkan anjing terbabit, tempoh hari, supaya orang lain juga prihatin dan dapat berbuat perkara sama.

“Tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita yang memandang jijik terhadap anjing hanya kerana kita, orang Islam, diharamkan menyentuhnya. Namun ingatlah, anjing pun makhluk Allah juga. Kita sesama makhluk Tuhan digalakkan saling membantu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambah Izzue lagi, dia juga berharap agar masyarakat di luar sana dapat membantu haiwan jalanan yang memerlukan bantuan.

Malah, kebanyakan haiwan jalanan di luar sana yang perlu dibantu tak kira dari segi apa cara sekali pun.

“Saya percaya, ramai antara kita yang tebal dengan sikap kasih sayang terhadap haiwan,” tambahnya lagi yang juga merupakan anggota kumpulan Forteen.


Kejadian manis yang telah berlaku di sekitar Andalas, Klang, Selangor pada 3 Mac lalu juga telah mendapat perhatian netizen dan ramai telah memuji sikap prihatin serta bertanggungjawan Izzue bersama isteirnya.

“Sekalipun kita tak boleh pegang anjing, tetapi kita juga harus ingat, Islam itu agama yang mudah. Andai kata terdesak, boleh saja kita memegangnya. Kemudian boleh disamak.

“Anjing yang saya tolong itu pun kecil lagi. Ia belum pandai nak lompat ke atas kerana longkang terlalu dalam. Bimbang juga jika ia mati kesejukan kerana ada air dalam longkang itu,” ujarnya lagi.

Nasib menyebelahi mereka apabila terdapat seorang lelaki berbangsa India telah sama-sama membantu bagi menyelamatkan anak anjing tersebut.

Sikap prihatin Izzue ini seharusnya menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat. Jangan hanya kerana haiwan itu haram dipegang, sehingga membuatkan kita langsung tidak mahu hulur bantuan. –MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori