Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

34.5 Peratus Kanak-Kanak Lengkap...

Kuala Lumpur : Sebanyak 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11...

2 Sahabat Ditahan Ketika...

ROMPIN - Dua sahabat ditahan bersama dadah seberat 34.35 gram ketika membungkusnya di...

Mahkamah: Juruteknik Didakwa Tipu...

IPOH - Seorang juruteknik pendingin hawa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Shahrizat Berterima Kasih Kesetiaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berterima kasih...

Maszlee Mungkin Menteri Semula Bila Anwar Jadi PM

KUALA LUMPUR – “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau diberikan penilaian memberangsangkan oleh perdana menteri menunggu.

“Nampaknya Maszlee lebih merupakan menteri Anwar, berbanding bekas menteri Mahathir.”

Itu sindiran Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin ekoran kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan baru-baru ini.

Wartawan veteran itu membayangkan Maszlee mungkin mempunyai masa depan yang cerah di bawah Anwar selepas Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat penilaian positif terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Baru-baru ini, Anwar memuji Maszlee dengan menyifatkan bekas pensyarah itu mempunyai masa depan yang baik dalam politik malah boleh kembali ke kabinet semula pada masa depan.

Kadir dalam kenyataan dalam Facebooknya berkata, pujian Anwar itu bermakna “sudah hampir pasti” Maszlee akan diberikan jawatan menteri apabila Anwar menjadi perdana menteri kelak.


“Malah beliau (Anwar) membandingkan peletakan jawatan Maszlee dengan pemecatannya sendiri pada 1998. Seperti Maszlee, Anwar dinasihatkan supaya meletak lawatan, tetapi beliau memilih dipecat,” katanya lagi.

Dalam pada itu Kadir berkata, menteri lain yang berprestasi rendah juga harus berasa malu kerana masih dikekalkan dalam Kabinet dan pada saat yang sama harus banyak bersyukur kerana tidak berdepan nasib sama seperti Maszlee.

“Oleh sebab itu orang Melayu cakap ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori