Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jururawat Lelaki Lakukan Seks...

JIJIK…seorang suami terkejut apabila mendapati seorang jururawat lelaki sedang melakukan seks dengan mayat...

MAS Tawar Diskaun Hingga...

NEW DELHI - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hingga 40 peratus bagi destinasi popular...

Sabah Minta Utamakan Projek...

KOTA KINABALU: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah perlu diutamakan menerusi agihan peruntukan bagi...

Majikan UAE Ini Hadiahkan...

TERKESIMA... Seorang pembantu rumah warga Filipina seolah-olah masih tidak percaya bahawa majikannya di...

Maszlee Pertahan Salahuddin Beri Sumbangan Ketika PRK

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub memberi sumbangan termasuk ketika musim pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Sebagai menteri, katanya, ia merupakan perkara biasa dilakukan apabila menerima permohonan sumbangan.

“Bagi menteri-menteri, saya rasa biasa menerima surat permohonan bantuan, minta sumbangan daripada PIBG. Saya sendiri pun setiap kali pergi ke Parlimen, macam-macam surat datang ke Pejabat dan sebagainya.

“Memang permohonan PIBG bukan sahaja dari Tanjung Piai, malah daripada seluruh negara. Jadi saya kira para menteri memang biasa banyak terima permohonan seperti itu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Maszlee yang juga menteri pendidikan berkata demikian mengulas isu yang dibangkitkan segelintir pihak susulan tindakan Salahuddin memberikan sumbangan RM5,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio di Kukup Laut ketika kempen PRK Tanjung Piai.


Bagaimanapun, Salahuddin yang juga menteri pertanian dan industri asas tani mempertahankan sumbangan yang diberikan kepada sekolah itu dan berkata tiada undang-undang yang melarang beliau berbuat demikian ketika PRK.

“Itu kebetulan saya ada situ (ketika PRK), memang kewajipan saya untuk beri sumbangan pada semua sekolah dan tidak ada undang-undang yang kata kita tidak boleh beri masa pilihan raya atau selepas. Saya menteri, saya boleh beri bila-bila masa,” katanya di lobi Parlimen semalam sambil memaklumkan permohonan itu dibuat beberapa bulan lalu sebelum pilihanraya.

Ditanya ucapan Salahuddin yang didakwa rasis ketika berkempen, Maszlee enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui intipati isu tersebut. – FMT

Kategori