Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan...

KUCHING - Seseorang pelajar perlu banyak membaca buku serta berkomunikasi dalam bahasa Ingeris...

Pukul Kenalan Wanita, Pembaiki...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang kenalan wanitanya dengan menggunakan sebatang kayu pada...

Sukan SEA: Penggunaan Dron...

LANGKAWI - Sebarang penggunaan dron oleh penonton di lokasi acara perahu layar Sukan...

Senarai Calon UMNO P.Pinang...

GEORGE TOWN - Senarai calon UMNO Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ke-14...

Matahari Terbit Di Sebelah Utara Bukan Petanda Kiamat

KUALA LUMPUR – Tiada kaitan langsung dengan kiamat. Itu kesimpulannya selepas tular fenomena kononnya matahari terbit di sebelah utara dan mendakwa berlaku perubahan kiblat untuk umat Islam. 

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan sebuah video dirakam di Sulawesi Selatan, Indonesia yang menyatakan bahawa penduduk di kawasan berkenaan merakam fenomena terbitnya matahari di sebelah utara.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Razlan Ahmad berkata, ia fenomena biasa terutamanya di kawasan Jenepoto, Sulawesi Selatan, lokasi rakaman video tular itu dibuat seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.

“Itu perkara biasa kerana ketika solstis Jun, matahari berada pada kedudukan jauh ke hemisfera utara (garisan Saratan) dari Khatulistiwa berdasarkan kecondongan paksi bumi mengadap matahari sehinggalah kemuncaknya pada tarikh 21 atau 22 Jun. 

“Cuma, disebabkan kedudukan geografi Jenepoto ini lebih ke arah hemisfera selatan bumi, jadi kelihatan seolah-olah matahari itu terbit di bahagian utara sedangkan matahari tetap terbit sebelah timur,” katanya kepada Harian Metro, sebentar tadi.


Razlan yang berpengalaman dalam bidang falak berkata, kedudukan bumi pada Jun ini berdasarkan kecondongan paksi bumi, bahagian hemisfera utara lebih condong mengadap ke arah matahari dan terjadilah musim panas bagi negara yang berada di hemisfera berkenaan.

“Bagi negara yang berada di hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk seperti di Australia dan New Zealand, jika ditanya adakah itu tanda kiamat, apa yang saya boleh katakan adalah ‘Wallahualam’, kerana salah satu tanda kiamat ada berkaitan dengan pergerakan matahari juga tetapi untuk fenomena tersebut faktanya seperti yang saya katakan tadi,” katanya.

Pada masa sama, jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa tiada perubahan kiblat memandangkan arah kiblat tidak mengikut matahari sebaliknya merujuk Kaabah yang terletak di Makkah. – myMetro Online

Kategori