Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Lawat Mangsa...

BATU PAHAT - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli...

Lapor Segera Kes Dadah...

SUNGAI PETANI - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak...

Dato’ Siti Nurhaliza Jadi...

COMELNYA Umi Umairah ini disolekkan oleh emak saudaranya, Dato' Siti Nurhaliza ketika menghadiri...

2 Wanita Tempatan Ditahan...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak menahan dua...

Maut Lepas Minum Air Coca-Cola Campur Ekstasi

MAJLIS hari jadi adalah saat yang menggembirakan bagi individu yang diraikan, lebih meriah lagi jika ramai rakan-rakan hadir bagi meraikan bersama.

Namun begitu, kegembiaraan seorang remaja di Johor ini bertukar tragedi gara-gara tersalah minum minuman sewaktu bersama rakan-rakannya.

Lapor World of Buzz, mangsa yang hanya dikenali sebagai Ang, 17 tiba-tiba jatuh pengsan selepas meneguk secawan gelas minuman Coca-Cola bercampur dadah ekstasi di sebuah pusat karaoke, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Khamis, Ang yang bekerja di sebuah kafe siber pada mulanya dikatakan baru selesai shift malam.

Dia kemudiannya terus menuju ke pusat karaoke bersama rakan-rakannya. Setibanya di sana, mangsa memesan minuman coklat namun entah bagaimana dia tersalah mengambil minuman salah seorang rakannya yang berisi air coca-cola.

Sejurus meneguk minuman gas bercampur pil ekstasi itu, mangsa dikatakan mengalami pening kepala sebelum muntah-muntah.

Ang kemudianya mengalami sawan sebelum jatuh pengsan di pusat hiburan berkenaan. Rakan-rakannya yang panik terus mengangkatnya untuk di bawa ke hospital.

Malangnya, Ang dikatakan telah meninggal dunia sebelum sempat tiba.

Sementara itu bapa mangsa yang merupakan seorang pemandu teksi, Hong Ruihuan, terkejut setelah mengetahui berita kematian anaknya itu kira-kira jam 10 pagi.


Menurutnya, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang baik dan selalu membelikan makanan kepada neneknya yang sakit.

Difahamkan, Ang pernah mencuba dadah beberapa tahun lalu namun tidak mengulangi perbuatan itu setelah sedar kesan bahayanya.

Kata bapanya lagi, anaknya itu merupakan seorang yang cemerlang di dalam akedemik namun telah berhenti sekolah gara-gara sering menjadi mangsa buli.

Bagaimanapun bapanya itu dikatakan sudah memohon untuk menyambung persekolah anaknya itu pada tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori