Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Amalan Bekam Bayi Bukan...

KUALA LUMPUR - Amalan bekam bukan alternatif kepada pengambilan vaksin dalam kalangan bayi...

Kali Pertama Ke Laos,...

VIENTIANE - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ketika ini berada di Laos...

RM30 Juta Pastikan Pusat...

BANGI - Peruntukan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz yang diumumkan Perdana Menteri...

Istiadat Penghormatan Ditayang Di...

Warga kota boleh mengikuti siaran langsung istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia...

Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Kepada Raf Yaakob

TAHNIAH diucapkan buat pasangan, Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz sekitar jam 3.20 petang, sebentar tadi.

Majlis perkahwinan yang memperlihatkan pasangan mempelai itu tampil dengan tema Jawa telah berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Upacara gilang gemilang dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dinikahkan oleh Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Bekas peserta Dewi Remaja 2015 ini telah menerima mas kawin sebanyak RM900 dan sejumlah wang hantaran daripada pemilik nama sebenar, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Bagaimanapun, wang hantaran tersebut dirahsiakan jumlahnya oleh pasangan sama cantik sama padan ini.


Dalam pada itu, pelakon berusia 22 tahun ini turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala dibalas tujuh oleh pengantin lelaki.

Memetik mStar Online, kelihatan raut wajah pasangan ini menghela nafas lega apabila segala urusan berjalan lancar seperti dirancang.

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua. Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Alhamdulillah…. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke Jannah!

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini terus ditemani sinar kebahagian hingga akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori