Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ambil Gambar Selfie...

SEORANG lelaki yang mengambil gambar selfie buat pertama kali telah dituduh sebagai pedofil...

Pengundi Bagan Datuk Diyakini...

BAGAN DATUK - Limpahan pembangunan yang semakin banyak dikecapi penduduk di Bagan Datuk...

Batal Projek HSR Tidak...

SEREMBAN - Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur...

Jenazah Mohd Haziq Selamat...

CHRISTCHURCH - Jenazah Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun selamat dikebumikan di...

Mayat Pengantin Baharu Ditemukan Dalam Beg Pakaian

LONDON: Polis menemukan mayat seorang pengantin wanita di dalam sebuah beg pakaian berhampiran Halifax di West Yorkshire.

Lapor Daily Star, mayat wanita itu ditemukan hanya empat hari selepas perkahwinannya.

Mayat mangsa, Dawn Walker dijumpai di kawasan Aysgarth Avenue di Lightcliffe berhampiran Brighouse, Ahad lalu.

Beberapa rakan Walker memaklumkan mangsa baru berkahwin pada Rabu lalu.

Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Walker.

Dilaporkan, suspek kini berada dalam tahanan polis.

Seorang rakan mangsa memberitahu YorkshireLive bahawa Walker merupakan seorang wanita yang peramah, penyayang dan baik hati.


“Dia berkahwin pada Rabu lalu dan meninggal dunia hanya beberapa hari selepas itu.

“Mayat Walker dijumpai dalam beg pakaian yang diletakkan di belakang semak samun. Dia tinggal di Shirley Grove,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Polis West Yorkshire memaklumkan pihaknya masih sedang menyiasat kes itu.

Jelasnya, polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu. – AGENSI

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori