Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kurang Daripada 24 Jam...

SINGAPURA - Hari ini merupakan waktu 'bertenang' bagi Singapura selepas sembilan hari calon-calon...

Ally Iskandar Perkenal ‘Mariam...

Seperti diketahui ramai, pengacara dan personaliti TV Ally Iskandar selamat bergelar bapa buat kali...

Ramona Zamzam Pilih Lelaki...

Nama aktres jelita Ramona Zamzam sememangnya sudah tidak asing lagi di mata peminat...

Taktik Licik, ‘Curi’ Waktu...

GARA-GARA mahu berlagak kaya raya, seorang lelaki dari Hangzhou, China sanggup berulang kali...

McDonald’s Hanya Benar Kek Halal Masuk Premis

PIHAK McDonald’s Malaysia menjelaskan bahawa hanya kek sambutan hari jadi yang mempunyai sijil halal dibenarkan dibawa masuk ke restorannya di seluruh negara.

Menerusi kenyataan media, ia berkata langkah itu, “adalah selaras bagi memenuhi keperluan persijilan halal.”

“Di McDonald’s, aspek kualiti, keselamatan dan produk halal adalah keutamaan kami.

“Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk disahkan halal, kita melaksanakan polisi ‘tiada makanan luar’ untuk memastikan bahawa semua produk dihidangkan dan dimakan di restoran kami adalah halal,” kata McDonald’s.

Syarikat itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai notis yang diletakkan di restorannya mengenai polisi kek hari jadi halal yang boleh dibawa masuk ke dalam premis.

McDonald’s berkata mereka telah membuat pengecualian kepada polisi ‘tiada makanan luar’ dalam kes majlis hari jadi di McDonald’s.


Bagaimanapun, pelanggan yang ingin membawa kek hari jadi mereka sendiri perlu memastikan terlebih dahulu bahawa kek tersebut disahkan sebagai halal.

“Keadaan ini adalah penting untuk memelihara integriti pensijilan halal,” kata McDonald’s. – The Star/mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori